Bagaimana saya link insurans saya dengan permohonan FWCMS? Saya sudah beli Insurans sebelum buat FWCMS.
⚠️ PENTING: FWCMS hanya terima pembaharuan PLKS apabila insurans dibeli menggunakan ITR nombor melainkan jika pihak JIM sendiri menasihati anda untuk membuat pembaharuan permit kerana isu-isu tertentu.
Malangnya, kami tidak dapat pautkan insurans lama dengan ITR baru anda. FWCMS hanya menerima pembaharuan PLKS dengan pembelian insurans menggunakan nombor ITR. Cara dapatkan nombor ITR dari FWCMS: 👉 Di manakah saya boleh mendapatkan nombor ITR dari FWCMS?
Jika anda sudah membeli insurans sebelum menjana ITR?
Jika anda telah membeli insurans sebelum ini, insurans tersebut tidak boleh digunakan untuk pembaharuan PLKS dalam FWCMS.
Anda boleh:
✅ Mohon pembatalan polisi
✅ Mohon bayaran balik (refund)
✅ Jana ITR di FWCSM segera, pilih "offline self purchase" no 3 dan Whatsapp kami untuk bantuan.
Sila WhatsApp kami untuk borang pembatalan & bantuan: 011 562 16906

Jika anda membeli insurans dari agen atau platform lain daripada eInsurans, sila hubungi mereka untuk proses pembatalan.
Apa yang perlu dibuat seterusnya?
- Teruskan pendaftaran PLKS renewal di FWCMS
- FWCMS akan menjana ITR number selepas proses pendaftaran
- Gunakan nombor ITR tersebut untuk beli SPIKPA IG di eInsurans
- Polisi insurans akan dihantar serta-merta selepas pembayaran
Beli SPIKPA IG menggunakan ITR dari FWCMS
Portal eInsurans:
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:
eInsurans Helpline — WhatsApp 011 562 16906
Updated on: 03/11/2025
Thank you!