Articles on: Soalan Lazim ITR
This article is also available in:

Bagaimana saya nak pautkan insurans saya dengan permohonan FWCMS? Saya sudah beli Insurans sebelum buat FWCMS.

⚠️ PENTING: FWCMS hanya terima pembaharuan PLKS apabila insurans dibeli menggunakan ITR nombor melainkan jika pihak JIM sendiri menasihati anda untuk membuat pembaharuan permit kerana isu-isu tertentu.


Malangnya, kami tidak dapat pautkan insurans lama dengan ITR baru anda. FWCMS hanya menerima pembaharuan PLKS dengan pembelian insurans menggunakan nombor ITR. Cara dapatkan nombor ITR dari FWCMS: 👉 Di manakah saya boleh mendapatkan nombor ITR dari FWCMS?


Jika anda sudah membeli insurans sebelum menjana ITR?


Jika anda telah membeli insurans sebelum ini, insurans tersebut tidak boleh digunakan untuk pembaharuan PLKS dalam FWCMS.


Anda boleh:
✅ Mohon pembatalan polisi
✅ Mohon bayaran balik (refund)
✅ Jana ITR di FWCMS segera, pilih "Self Insurance Purchase" (pilihan 3), dan WhatsApp kami untuk bantuan.


Sila WhatsApp kami untuk borang pembatalan & bantuan: 011-5621 6906



Jika anda membeli insurans dari ejen atau laman web lain (bukan eInsurans), mereka yang menguruskan pembatalan. WhatsApp kami di 011-5621 6906 dan team kami akan bantu pembelian baharu dengan ITR anda.


Apa yang perlu dibuat seterusnya?


  1. Log masuk ke FWCMS
  2. Jana ITR nombor di FWCMS
  3. Gunakan nombor ITR tersebut untuk beli SPIKPA IG di eInsurans
  4. Polisi insurans akan dihantar serta-merta selepas pembayaran


Masih tersekat? Bercakap dengan orang sebenar.


eInsurans — Your Foreign Worker Insurance One-Stop Centre



Pertanyaan · Sebut harga · Pembelian · Bantuan FWCMS · Endorsemen · Tuntutan · Pembaharuan

Updated on: 12/10/2026

Was this article helpful?

Share your feedback

Cancel

Thank you!