> ## Knowledge Base Index
> Fetch the complete knowledge base index at: https://help.einsuransmy.com/sitemap.xml
> Use this file to discover available pages before exploring further.
> Pure-Markdown content can be obtained by appending a '.md' suffix to the content URLs listed in the sitemap (without the trailing slash).

# Bagaimana saya perlu mengisi/membeli insurans dengan ITR di eInsurans?

### Apa Itu ITR?
**ITR (Insurans Transaksi Rujukan)** ialah nombor rujukan unik yang digunakan untuk mengurus dan menjejak maklumat insurans pekerja asing dalam sistem FWCMS.

### Cara Mengisi Nombor ITR Semasa Pembelian Insurans
Setelah anda mendapatkan nombor ITR daripada FWCMS:

1. Masukkan nombor **ITR SPIKPA** dan **ITR IG** mengikut ruang yang disediakan (rujuk **Rajah 1** — dalam kotak kuning)
2. Pastikan anda mengisi **Nombor Pendaftaran Perniagaan (SSM)** yang sama seperti yang anda daftar di dalam FWCMS (rujuk **Rajah 2**)

#### __Rajah 1 – Anda akan menerima E-mel FWCMS bersama ITR nombor__

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/8fee56e3f4257000/picture1-copy_x6e0xf.png)

#### __Rajah 2 – Salin dan tampal nombor ITR , isi SSM yang anda daftarkan di FWCMS di portal eInsurans dan tekan Submit__

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/8fee56e3f4257000/image_zqnwws.png)

### Apa Berlaku Selepas Pembelian Berjaya?

* Sistem eInsurans akan menghantar pengesahan pembelian kepada FWCMS secara **automatik.**
* FWCMS akan meneruskan proses pembaharuan **EPKLS / Permit Kerja** anda tanpa tindakan tambahan.
* Anda akan menerima e**mel daripada syarikat insurans** untuk pembelian insurans dan **emel daripada FWCMS** untuk pengesahan membeli insurans.

### Beli SPIKPA IG Menggunakan FWCMS ITR
Laman web rasmi eInsurans: 🔗 [https://tr.ee/einsurans](https://tr.ee/einsurans)
📞 Sebarang pertanyaan: WhatsApp eInsurans Helpline → [011 5621 6906](https://wa.me/601156216906)
