> ## Knowledge Base Index
> Fetch the complete knowledge base index at: https://help.einsuransmy.com/sitemap.xml
> Use this file to discover available pages before exploring further.
> Pure-Markdown content can be obtained by appending a '.md' suffix to the content URLs listed in the sitemap (without the trailing slash).

# Bagaimana untuk mengesahkan pembelian SPIKPA IG melalui ITR?

Jika anda sudah membeli insurans menggunakan **ITR** melalui platform atau ejen lain, anda boleh menggunakan laman web **eInsurans** untuk mengesahkan sama ada pembelian insurans tersebut benar-benar dibuat menggunakan ITR atau tidak.

### Cara Semak Pembelian Insurans Guna ITR di eInsurans

**Langkah 1:** Layari [https://tr.ee/einsurans](https://tr.ee/einsurans)  
**Langkah 2:** Pilih **Tokio Marine**  
**Langkah 3:** Masukkan **nombor ITR** dan **nombor SSM**

### 🔍 Hasil Semakan

#### **Hasil 1:**  
> ***"Insurance already purchased for this Insurance Type".***

Maksudnya:  
* Nombor ITR anda **telah digunakan** untuk pembelian insurans.  
* Status FWCMS **sepatutnya dikemaskini dalam 10 minit hingga maksimum 1 hari**.  
* Jika selepas 1 hari status masih **tidak berubah** kepada ***“INSURANCE PURCHASED”*** atau ***“PENDING JIM APPROVAL”***, sila hubungi platform/ejen anda supaya syarikat insurans boleh semak dengan FWCMS.

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/8fee56e3f4257000/whatsapp-image-2025-02-05-at-3_1cc5y3e.jpeg)

#### **Hasil 2:**  
> Anda **masih boleh membeli insurans**, dan maklumat majikan dipaparkan **secara automatik**.

Maksudnya:  
* Nombor ITR **belum digunakan**.  
* Kotak input **greyed out** dan maklumat majikan keluar automatik.  
* Platform/ejen anda **tidak memasukkan nombor ITR dengan betul**, sebab itu status FWCMS belum dikemaskini.

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/8fee56e3f4257000/image_x9lgcc.png)

### Beli SPIKPA IG menggunakan FWCMS ITR di laman web eInsurans:
Laman web rasmi eInsurans: 🔗 [https://tr.ee/einsurans](https://tr.ee/einsurans)
📞 Untuk pertanyaan lanjut: WhatsApp eInsurans Helpline → [011 5621 6906](https://wa.me/601156216906)
