> ## Knowledge Base Index
> Fetch the complete knowledge base index at: https://help.einsuransmy.com/sitemap.xml
> Use this file to discover available pages before exploring further.
> Pure-Markdown content can be obtained by appending a '.md' suffix to the content URLs listed in the sitemap (without the trailing slash).

# Boleh tuntut insurans ke kalau pekerja dipindahkan dari hospital kerajaan ke hospital swasta?

Ya boleh, **tuntutan SPIKPA dibenarkan** hanya dalam **keadaan tertentu** seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan syarikat insurans.

## Syarat-Syarat Tuntutan Dibenarkan

1. **Pemindahan mesti diarahkan atau disyorkan oleh doktor yang merawat** di hospital kerajaan.  
2. **Pekerja asing mesti telah dimasukkan ke hospital kerajaan sekurang-kurangnya 12 jam** sebelum pemindahan dilakukan.  
3. **Doktor yang merawat perlu mengeluarkan surat rujukan atau surat pemindahan rasmi** yang menyatakan sebab perubatan bagi pemindahan ke hospital swasta.

## ⚠️ Penting untuk Diketahui

* **Tuntutan bagi rawatan di hospital swasta adalah melalui kaedah bayaran balik (reimbursement)** sahaja bukan secara tanpa tunai (cashless).  
* Anda perlu mengemukakan dokumen berikut untuk pemprosesan tuntutan:
* Surat pemindahan atau surat rujukan rasmi daripada hospital kerajaan  
* Bil perubatan asal  
* Resit bayaran asal  
* Dokumen tuntutan lain yang diperlukan oleh syarikat insurans SPIKPA  

> ⏱ *Proses tuntutan biasanya mengambil masa antara 7 hingga 14 hari bekerja selepas penerimaan dokumen lengkap.*

### Beli SPIKPA IG Menggunakan FWCMS ITR
Laman web rasmi eInsurans: 🔗 https://tr.ee/einsurans

Sebarang pertanyaan:
WhatsApp eInsurans Helpline → [011 5621 6906](https://wa.me/601156216906)

> 💡 *eInsurans Malaysia , platform digital nsurans pekerja asing & SPIKPA paling dipercayai di Malaysia. Mudah, selamat dan cepat sejak 2018.*
