Manfaat Insurance Guarantee (IG)
Insurance Guarantee (IG) adalah Jaminan Insurans yang diwajibkan kepada majikan oleh Jabatan Imigresen Malaysia sebagai deposit keselamatan. Ia melindungi majikan dan pekerja dalam perbelanjaan penghantaran pulang pekerja asing ke negara asal.
Fungsi Jaminan Insurans ini adalah untuk menghantar perkerja sekiranya pekerja anda terlibat dengan:
- Pelanggaran mana-mana seksyen di bawah Akta Imigresen Malaysia
- Pekerja berkahwin atau hamil semasa berada di Malaysia
- Pekerja terus tinggal di Malaysia selepas tamat tempoh permit atau visa
- Majikan gagal menyediakan tiket penerbangan untuk pekerja pulang ke negara asal selepas tamat permit/visa
- Majikan gagal menanggung kos penghantaran pulang jenazah pekerja ke negara asal
- Majikan enggan membayar gaji pekerja
- Pekerja terlibat dalam aktiviti haram atau tidak bermoral seperti penyalahgunaan dadah, pelacuran dan lain-lain
- Pekerja terlibat dalam apa-apa bentuk pekerjaan (berbayar atau tidak), perniagaan atau aktiviti lain yang boleh menjejaskan keselamatan dan kesejahteraan Malaysia
Berapa premium (harga) yang perlu anda bayar?
Premium (harga) bergantung kepada:-
- Warganegara pekerja
- Kadar premium (harga) adalah 1% per tahun daripada jumlah jaminan insurans
Warganegara | Jumlah Jaminan oleh JIM (RM) | Premium IG (RM) oleh majikan untuk seorang pekerja |
|---|---|---|
Indonesia, Thailand, Kemboja | 250 | 3.75 |
Bangladesh | 500 | 7.50 |
India, Myanmar, Sri Lanka, Pakistan, Nepal | 750 | 11.25 |
Filipina | 1000 | 15 |
Vietnam, China | 1500 | 22.50 |
Soalan Lazim
- Kenapa beli banyak lagi dapat murah?
Murah sebab premium IG.
Contoh, IG 1 pekerja Bangladesh RM7.50 seorang tapi kadar minimum bayaran IG tetap kena bayar RM50. Jika ada 6 pekerja Bangladesh yang sama tarikh luput permit dalam 1 pembelian, jumlah IG adalah (RM45) - masih bawah RM50, jadi harga pembelian IG anda adalah RM50. Namun, jika ada 7 orang pekerja, jumlah IG adalah RM52.20, jadi anda perlu bayar RM52.20.
Contoh Pengiraan:
RM7.50 X 6 orang pekerja (sama tarikh luput permit) : RM45 (Bayar minimum RM50)
RM7.50 X 7 orang pekerja (sama tarikh luput permit) : RM52.50 (Bayar RM52.50)
Beli SPIKPA IG guna FWCMS ITR
Laman web eInsurans: https://tr.ee/einsurans
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi eInsurans: Whatsapp 011 562 16906
Updated on: 08/11/2025
Thank you!