> ## Knowledge Base Index
> Fetch the complete knowledge base index at: https://help.einsuransmy.com/sitemap.xml
> Use this file to discover available pages before exploring further.
> Pure-Markdown content can be obtained by appending a '.md' suffix to the content URLs listed in the sitemap (without the trailing slash).

# Manfaat Insurance Guarantee (IG)

***Insurance Guarantee (IG)*** adalah Jaminan Insurans yang diwajibkan kepada majikan oleh **Jabatan Imigresen Malaysia** sebagai **deposit keselamatan.&#32;**Ia melindungi majikan dan pekerja dalam perbelanjaan penghantaran pulang pekerja asing ke negara asal. 

| TEMPOH PERLINDUNGAN (IG) : 18 BULAN

Fungsi Jaminan Insurans ini adalah untuk menghantar pulang pekerja sekiranya pekerja anda terlibat dengan: 

1. Pelanggaran mana-mana seksyen di bawah Akta Imigresen Malaysia
2. Pekerja berkahwin atau hamil semasa berada di Malaysia
3. Pekerja terus tinggal di Malaysia selepas tamat tempoh permit atau visa
4. Majikan **gagal** menyediakan tiket penerbangan untuk pekerja pulang ke negara asal **selepas tamat permit/visa**
5. Majikan **gagal** menanggung kos penghantaran pulang jenazah pekerja ke negara asal
6. Majikan enggan membayar gaji pekerja
7. Pekerja terlibat dalam aktiviti haram atau tidak bermoral seperti penyalahgunaan dadah, pelacuran dan lain-lain
8. Pekerja terlibat dalam apa-apa bentuk pekerjaan (berbayar atau tidak), perniagaan atau aktiviti lain yang boleh menjejaskan keselamatan dan kesejahteraan Malaysia

**Berapa premium (harga) yang perlu anda bayar?&#32;**
Premium (harga) bergantung kepada:-
* Warganegara pekerja
* Kadar premium (harga) adalah 1.5% daripada jumlah jaminan insurans

||| Kadar MINIMUM premium yang dikenakan adalah RM50 bagi setiap polisi. (tidak termasuk SST dan duti setem)

| Warganegara | Jumlah Jaminan oleh JIM (RM) | Premium IG (RM) oleh majikan untuk seorang pekerja |
| ---- |
| Indonesia, Thailand, Kemboja | 250 | 3.75 |
| Bangladesh | 500 | 7.50 |
| India, Myanmar, Sri Lanka, Pakistan, Nepal | 750 | 11.25 |
| Filipina | 1000 | 15 |
| Vietnam, China | 1500 | 22.50 |

### Soalan Lazim

1. **Kenapa beli banyak lagi dapat murah?&#32;**
Murah sebab premium IG. 

Contoh, IG**&#32;1 pekerja Bangladesh** RM7.50 seorang tapi kadar minimum bayaran IG tetap kena bayar RM50. Jika ada **6 pekerja Bangladesh** yang **sama tarikh luput permit** dalam 1 pembelian, jumlah IG adalah (RM45) - masih bawah RM50, jadi harga pembelian IG anda adalah RM50. Namun, jika ada 7 orang pekerja, jumlah IG adalah RM52.50, jadi anda perlu bayar RM52.50.

Contoh Pengiraan:
RM7.50 X 6 orang pekerja (sama tarikh luput permit) : RM45 *(Bayar minimum RM50)&#32;*
RM7.50 X 7 orang pekerja (sama tarikh luput permit) : RM52.50 *(Bayar RM52.50)&#32;*

## Masih tersekat? Bercakap dengan orang sebenar.

**eInsurans — Your Foreign Worker Insurance One-Stop Centre**

- WhatsApp **[011-5621 6906](https://wa.me/601156216906)**: 9 pagi–6 petang, Isnin hingga Ahad. Team sebenar yang menjawab.
- E-mel [hello@einsuransmy.com](mailto:hello@einsuransmy.com)
- Beli SPIKPA IG dengan ITR FWCMS anda: [tr.ee/einsurans](https://tr.ee/einsurans)

Pertanyaan · Sebut harga · Pembelian · Bantuan FWCMS · Endorsemen · Tuntutan · Pembaharuan