Manfaat Insurance Guarantee (IG)
Insurance Guarantee (IG) adalah Jaminan Insurans yang diwajibkan kepada majikan oleh Jabatan Imigresen Malaysia sebagai **deposit keselamatan. **Ia melindungi majikan dan pekerja dalam perbelanjaan penghantaran pulang pekerja asing ke negara asal.
Fungsi Jaminan Insurans ini adalah untuk menghantar perkerja sekiranya pekerja anda terlibat dengan:
- Pelanggaran mana-mana seksyen di bawah Akta Imigresen Malaysia
- Pekerja berkahwin atau hamil semasa berada di Malaysia
- Pekerja terus tinggal di Malaysia selepas tamat tempoh permit atau visa
- Majikan gagal menyediakan tiket penerbangan untuk pekerja pulang ke negara asal selepas tamat permit/visa
- Majikan gagal menanggung kos penghantaran pulang jenazah pekerja ke negara asal
- Majikan enggan membayar gaji pekerja
- Pekerja terlibat dalam aktiviti haram atau tidak bermoral seperti penyalahgunaan dadah, pelacuran dan lain-lain
- Pekerja terlibat dalam apa-apa bentuk pekerjaan (berbayar atau tidak), perniagaan atau aktiviti lain yang boleh menjejaskan keselamatan dan kesejahteraan Malaysia
Berapa premium (harga) yang perlu anda bayar?
Premium (harga) bergantung kepada:-
- Warganegara pekerja
- Kadar premium (harga) adalah 1% per tahun daripada jumlah jaminan insurans
Warganegara | Jumlah Jaminan oleh JIM (RM) | Premium IG (RM) oleh majikan untuk seorang pekerja |
|---|---|---|
Indonesia, Thailand, Kemboja | 250 | 3.75 |
Bangladesh | 500 | 7.50 |
India, Myanmar, Sri Lanka, Pakistan, Nepal | 750 | 11.25 |
Filipina | 1000 | 15 |
Vietnam, China | 1500 | 22.50 |
Soalan Lazim
- Kenapa beli banyak lagi dapat murah?
Murah sebab premium IG.
Contoh, IG** 1 pekerja Bangladesh** RM7.50 seorang tapi kadar minimum bayaran IG tetap kena bayar RM50. Jika ada 6 pekerja Bangladesh yang sama tarikh luput permit dalam 1 pembelian, jumlah IG adalah (RM45) - masih bawah RM50, jadi harga pembelian IG anda adalah RM50. Namun, jika ada 7 orang pekerja, jumlah IG adalah RM52.20, jadi anda perlu bayar RM52.20.
Contoh Pengiraan:
RM7.50 X 6 orang pekerja (sama tarikh luput permit) : RM45 (Bayar minimum RM50)
RM7.50 X 7 orang pekerja (sama tarikh luput permit) : RM52.50 (Bayar RM52.50)
Beli SPIKPA IG guna FWCMS ITR
Laman web eInsurans: https://tr.ee/einsurans
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi eInsurans: Whatsapp 011 562 16906
Updated on: 08/11/2025
Thank you!